Laporan Mingguan: Minggu 5

Pada minggu kelima perjalanan projek iaitu pada 07 November 2016 (Isnin), aktiviti dimulakan dengan memasang UPA (Unit Penjimatan Air) di tandas awam BDA, Tanjung Batu, Bintulu. Seterusnya, kami juga memasang UPA (Unit Penjimatan Air) di tandas awam BDA Tatau dan tandas perpustakaan awam BDA Tatau. Kami juga pergi ke Central Panel Product Sdn Bhd Tatau untuk meminta dana. Selepas itu, kami juga pergi ke SJK(C) Chung Hua untuk mendapatkan kebenaran supaya dapat mengadakan ceramah dan mengubahsuaikan tandas mereka kepada Green Toilet. Krew dokumentasi juga membuat akaun laman web untuk mempromosi dan memperkenalkan projek kami kepada orang ramai. Krew produksi juga menjalankan aktiviti membuat eco-cooler dengan menggunakan botol air yang terpakai dan papan lapis.






Seterusnya, pada 8 November 2016 (Selasa), kami telah memasangkan solar gutter light. Kami juga mengadakan ceramah kepada murid-murid SK Tatau dan mengubahsuaikan tandas mereka kepada Green Toilet. Contohnya, kami telah memasang UPA (Unit Penjimatan Air) dalam tandas mereka dan mengecat semula tandas tersebut. Kami juga menyumbangkan tangki simbah yang baru kepada pihak sekolah tersebut. Krew pemasaran juga membuat tentatif untuk majlis pelancaran Green Tech Lab dan mengedarkan poster tentang majlis pelancaran Green Tech Lab. Pada masa yang sama, krew produksi juga meneruskan aktiviti membuat eco-cooler.





Pada 9 November 2016 (Rabu), krew tapak dan krew produksi telah berkerjasama untuk membuat papan tanda supaya dapat memberitahu warga sekolah bahawa tangki takungan air hujan yang terletak berhampir dengan Green Toilet adalah milik Green Toilet. Seterusnya, krew tapak juga melukiskan logo Petronas All About Youth All Star di tangki takungan air hujan yang di bawah milik projek Crystal Drop. Selain itu, kami juga melukiskan banner untuk Majlis Pelancaran Green Tech Lab yang akan diadakan pada 13 November 2016 (Ahad).Kami juga mamasangkan eco-cooler di Green Toilet. Kami juga pergi ke SJK(C) Chung Hua Tatau untuk memberikan ceramah serta mengubahsuaikan tandas mereka kepada Green Toilet bersama murid-murid. Krew pemasaran juga mengadakan temu bual dengan pengguna UPA supaya dapat menambahbaikkan kekurang projek kami serta mendapatkan cadangan yang lain.



Pada 10 November 2016 (Khamis), krew tapak telah membuat laluan ke tangki takungan air hujan supaya para pelajar boleh mencuci tangan dengan menggunakan pili air yang telah dipasang pada tangki takungan air hujan. Selepas itu, krew tapak juga mengecat kaki tangki takungan air hujan supaya kelihatan lebih kemas. Pada 11 November 2016 (Jumaat), kami telah mengadakan ceramah tentang kepentingan penjimatan air dan elektrikkepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 dengan kerjasama pihak NREB (Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Bintulu). Pihak NREB (Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Bintulu) juga memberikan sokongan kepada kami dengan mencuba berbincang dengan komuniti mereka agar dapat mempromosikan projek Green Toilet ini di laman web NREB (Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Bintulu).


Pada 12 November 2016 (Sabtu), kami telah menjalankan aktiviti penyediaan untuk Majlis Pelancaran Green Tech Lab. Pada 13 November 2016 (Ahad), kami telah menjalankan Majlis Pelancaran Green Tech Lab dengan menjemputkan bikers yang dari BBC (Bintulu Bikers Community). Mereka telah memberikan sumbangan sebanyak RM 650 kepada kami supaya kami dapat menjalankan projek ini dengan lebih lancar.

