Laporan Mingguan: Minggu 3

Pada minggu yang ketiga perjalanan projek, pada 24 Oktober 2016 (Isnin) aktiviti telah dimulakan dengan mengecat dan melukis mural pada dinding Green Toilet yang dilakukan oleh krew tapak. Pada masa yang sama krew produksi juga membaiki tangki simbah yang rosak di dalam Green Toilet. Krew pemasaran turut menyediakan slide untuk sekolah rendah.



Seterusnya, pada 25 Oktober 2016 (Selasa), krew produksi telah menyenarai dan menyediakan bahan untuk membuat model berskala 3D Green Toilet. Pada masa yang sama krew tapak juga meneruskan aktiviti mengecat Green Toilet. Krew kejuruteraan juga menjalankan kajian terhadap turbin dan solar panel. Pada 26 Oktober 2016 (Rabu), kami menyiapkan aktiviti mengecat di Green Toilet.



