

Green Toilet...
Green Toilet merupakan projek yang dijalankan oleh kumpulan Crystal Drop. Melalui projek ini kami telah mengaplikasikan pelbagai produk yang membantu untuk merealisasikan impian kami mewujudkan sebuah tandas yang mesra alam. Berikut ialah komponen-komponen yang telah kami gunakan untuk membina Green Toilet:





Unit Penjimatan Air (UPA)
Unit Penjimatan Air (UPA) merupakan produk khas yang direka oleh pelajar Crystal Drop SMK Tatau. Produk ini berfungsi untuk memerangkap sebanyak 1 liter air di dalam tangki simbah tandas.

Eco-Cooler
​
Bagi menurunkan suhu tandas kepada suhu bilik atau suhu yang lebih rendah, kami menggunakan Eco-Cooler.Eco-Cooler merupakan ciptaan masyarakat Bangladesh yang digunakan untuk menurunkan suhu ruang tamu mereka tanpa menggunakan sebarang sumber elektrik. Ia merupakan sebuah ciptaan yang mudah dibuat dan terbukti untuk menurunkan suhu sesebuah bilik terutama Green Toilet.

Solar Gutter Light
Solar gutter light berfungsi sebagai punca sumber cahaya pada waktu malam. Pada waktu siang, solar gutter light akan mengecas melalui sinaran cahaya matahari. Dengan adanya perintang peka cahaya dan sensor pergerakan dipasang, ini dapat memberi peluang kepada solar gutter light untuk bercahaya semalaman!

Atap Lut Cahaya
Selain solar gutter light, kami turut menggunakan atap lut cahaya untuk memperoleh sumber cahaya. Pada waktu siang, cahaya matahari akan memancar menerusi atap lut cahaya dan menerangi keseluruhan tandas. Penggunaan atap lutsinar dan solar gutter light menjamin 100% penjimatan sumber elektrik. (Jangan risau! Atap lut cahaya yang kami gunakan hanya membenarkan cahaya matahari memancar menerusinya)

Tangki Tangkungan Hujan
​
Dari segi perolehan sumber air, tangki tangkungan air hujan telah digunakan. Ketika waktu hujan, air hujan akan terkumpul di dalam tangki tersebut. Air hujan itu seterusnya akan digunakan untuk tujuan pembersihan dan pengisian tangki simbah. Dengan bergantung dengan air hujan sepenuhnya, kita tidak perlu bergantung kepada sumber air domestik. 100% penjimatan air!!

Atap Berwarna
Putih
​
Dengan pemasangan atap berwarna putih, bahang cahaya matahari akan sukar menyerap ke atap. Warna putih membantu untuk memantul cahaya matahari dan mengekalkan suhu yang ideal di dalam tandas sama ada pada waktu siang atau malam.