top of page

Laporan Mingguan: Minggu 1

Pada 5 Oktober 2016 (Rabu), semua ahli Crystal Drop telah menyertai Booth Camp yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kemena. Pada minggu pertama perjalanan projek, aktiviti telah dimulakan dengan membuat perbincangan bersama guru penasihat untuk menyusun carta organisasi bagi memastikan projek ini dijalankan dengan lebih sistematik pada 10 Oktober 2016 (Isnin). Kemudian kami telah mengadakan mesyuarat yang pertama. Kami juga melakukan aktiviti pembersihan bengkel kayu.

Seterusnya, pada 11 oktober 2016 (Selasa), kami telah membuat kertas kerja dan surat rasmi untuk meminta bantuan daripada pihak-pihak berkuasa. Kami membuat kertas kerja kepada sekolah-sekolah rendah terpilih yang berada di kawasan sekitar Tatau untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar sekolah rendah.

Pada 13 Oktober 2016 (Khamis), kami melukis rekaan dan kedudukan turbin serta pam air pada tangki takungan air hujan yang bertujuan untuk menjana kuasa elektrik tanpa menggunakan elektrik yang disambung dari Sarawak Energy (SESCO).

Pada 14 Oktober 2016 (Jumaat), semua ketua krew dan pengerusi telah mengadakan sesi temu bual bersama Encik Charles Petrus tentang bagaimana hidroelektrik dijana dan cara pemasangan komponen elektrik. Beliau adalah seorang Jurutera Elektikal dan ahli perniagaan yang berpengalaman dalam bidang elektrikal. Beliau telah mencipta Mini Hidro yang dipasarkan ke kawasan-kawasan yang tidak mendapat bekalan elektrik terutama kawasan pedalaman.

 
Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
Follow Us

Kami merupakan kumpulan Crystal Drop yang telah ditubuhkan pada tahun 2014 di SMK Tatau. Kami telah menjalankan projek yang digelar Green Toilet Project. Melalui projek ini, kami telah mengadaptasikan pelbagai alatan dan produk mesra alam bagi menjimatkan penggunaan air serta elektrik.

Layari Laman Sosial Kami!
  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
  • Google+ - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
  • YouTube - Black Circle
Sebarang Pernyataan?

​

Email :crystaldropsmktatau@gmail.com

​​​

© 2016 Created By Crystal Drop   

   -Proudly created with Wix.com

bottom of page