top of page

Kemampanan (Sustainability) Projek Green Toilet


Projek Green Toilet haruslah mempunyai kesinambugan agar dapat diteruskan oleh generasi akan datang dan mampu menjadi bahan rujukan masyarakat luar. Antara keadah yang boleh dilaksanakan ialah perjanjian penubuhan GTL atau lebih dikenali sebagai “Green Tech Lab”.perjanjian telah dipersetujui oleh dua buah pihak bagi menjaga dan memelihara Green Toilet semasa berlangsungnya pelancaran Green Tech Lab. Badan yang pertama ialah Kelab Alam Sekitar sekolah. Kelab ini berfungsi untuk menjaga dan memelihara setiap komponen yang telah dipasang di dalam Green Toilet. Kelab Alam Sekitar juga berfungsi untuk memastikan Green Toilet sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Pihak lain yang mempersetujui perjanjian tersebut ialah Kelab Reka Cipta sekolah. Kelab Reka Cipta akan sentiasa menambahbaik dan meyelenggara komponen yang rosak dalam Green Toilet. Mereka juga akan berusaha bagi menambah baik komponen-komponen yang baru bagi menyediakan sudut informasi pihak sekolah dan pihak luar yang kunjung ke sekolah kami. Kelab reka cipta juga berfungsi untuk mengembangkan projek ini agar dapat menjadi tatapan generasi akan datang.

Perjanjian Pihak Crystal Drop bersama Kelab Reka Cipta & Kelab Alam Sekitar.

Di samping itu, Memorandum of Understanding (MoU) turut dilakukan bersama Penolong Kanan 1, Pn.Wong Su Chui bagi mewakili pihak Koperasi sekolah. Perjanjian ini akan memastikan pihak koperasi sekolah menjadi pemodal kepada pembelian bahan dan penghasilan Unit Penjimatan Air (UPA) bagi memenuhi permintaan dari luar. Perjanjian tersebut disaksikan oleh pengetua sekolah, En.Peter Use Lenjau.

Selain itu, Syarikat Crystal Drop juga telah bekerjasama dengan pihak NREB bagi memastikan tandas-tandas awam yang telah dipasang UPA dipelihara dan dijaga. Mereka juga sentiasa memastikan setiap tandas awam yang telah dipasang UPA tidak dirosakan dan diganggu oleh orang awam.

Kami telah menghubungi Pebadanan Harta Intelek Malaysia (Cawangan Sarawak). Kami telah menghubungi meraka pada pukul 2 petang bersamaan 16 November 2016. Puan Rohaidah Binti Bolhassan dari pejabat bahagian Sarawak telah menjawan panggilan kami untuk mempatenkan produk kami. Mereka telah menjemput Syarikat Crystal Drop untuk menyertai kursus membuat paten di Kuching tetapi kami telah menghadapi beberapa masalah dan tidak dapat menghadiri kursus tersebut.

 
Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
Follow Us

Kami merupakan kumpulan Crystal Drop yang telah ditubuhkan pada tahun 2014 di SMK Tatau. Kami telah menjalankan projek yang digelar Green Toilet Project. Melalui projek ini, kami telah mengadaptasikan pelbagai alatan dan produk mesra alam bagi menjimatkan penggunaan air serta elektrik.

Layari Laman Sosial Kami!
  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
  • Google+ - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
  • YouTube - Black Circle
Sebarang Pernyataan?

Email :crystaldropsmktatau@gmail.com

​​​

© 2016 Created By Crystal Drop   

   -Proudly created with Wix.com

bottom of page