


Unit Penjimatan Air (UPA)
Rekaan penjimatan air yang menjamin penjimatan 1 liter sumber air!
Pada era globalisasi ini, krisis air telah menjadi satu masalah besar kepada penduduk tempatan terutama kepada penduduk di kawasan pedalaman. Mereka sukar untuk memperoleh sumber air yang mencukupi kerana jumlah sumber air yang diberikan amat terhad. Selain itu, sikap masyarakat yang sering membazirkan sumber air turut menyumbang kepada peningkatan kos bil air.
Oleh itu, Crystal Drop dengan bangganya telah mencipta sebuah produk yang mampu mengurangkan penggunaan air di dalam tandas iaitu Unit Penjimatan Air (UPA). Fungsi UPA adalah untuk menjimatkan 1 liter air di dalam tangki simbah setiap kali pengguna menyimbah tandas. Cara pemasangannya adalah mudah! UPA hanya perlu diletakkan di dalam tangki simbah. Sekiranya tangki simbah dapat menampung 9 liter air, maka hanya 8 liter air yang digunakan untuk membersihkan tandas.

Pemasangan UPA
Anda tahu apa itu Unit Penjimatan Air (UPA) tetapi anda tidak tahu bagaimana ia berfungsi. Jangan risau, kami telah menyediakan satu video khas tetang bagaimana memasang UPA dan cara UPA berfungsi...
​
Klik video di sebelah.......
![]() | ![]() | ![]() |
---|---|---|
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() |