Laporan Mingguan: Minggu 4

Pada minggu yang keempat perjalanan projek, pada 2 November 2016 (Rabu) aktiviti telah dimulakan dengan membuat laporan akhir. Kami juga menyiapkan model berskala 3D Green Toilet supaya dapat mempamerkannya kepada pihak BDA (Bintulu Development Authority ) pada 04 November 2016 (Jumaat). Pada masa yang sama krew pemasaran telah menyediakan slide untuk aktiviti pembentangan di Bintulu Development Authority. Kami juga meneruskan aktiviti membuat laporan akhir.


Seterusnya pada 03 November 2016 (Khamis), krew tapak dan krew produksi telah membersihkan Green Toilet. Krew produksi juga menjalankan aktiviti membuat pelekat untuk Unit Penjimatan Air (UPA) yang belum dilekatkan pelekat. Krew pemasaran meneruskan aktiviti penyediaan slide untuk pembentangan di Bintulu Development Authority.

Selain itu, pada 04 November 2016 (Jumaat), krew produksi melekatkan pelekat UPA pada semua UPA. Krew kawalan kualiti juga mendapatkan maklumat tentang jumlah tandas, tangki simbah dan pelajar di sekolah-sekolah rendah yang terpilih untuk memberi pendedahan awal dan pengubahsuai tandas. Krew tapak juga mengedarkan surat jemputan Majlis Pelancaran Projek Green Toilet kepada pihak-pihak tertentu. Kami juga pergi ke BDA (Bintulu Development Authority) untuk membuat lawatan dan promosi UPA serta meminta kebenaran untuk memasangkan UPA di seluruh tandas awam Tatau dan Bintulu.



Pada 05 November 2016 (Sabtu), kami telah membuat pameran pada Hari Komuniti SK Tatau untuk mempromosikan UPA. Kami juga mendapatkan sijil penghargaan daripada pengetua SK Tatau iaitu, Encik Janudin Ab Rahman. Pada masa yang sama krew tapak telah melakukan aktiviti memasangkan paip pada tangki takungan air hujan A dan B. Selepas itu, kami telah melukis banner dan membuat penyediaan untuk Majlis Pelancaran Projek Green Toilet SMK Tatau. Kami juga memasangkan kanopi di tapak maljis perasmian iaitu, Pasar Tamu Tatau.


Di samping itu, pada 06 November 2016 (Ahad), kami telah mengadakan Majlis Pelancaran Projek Green Toilet SMK Tatau di Pasar Tamu Tatau. Perasmian majlis ini telah dirasmikan oleh wakil Petronas yang dari Kuching iaitu Encik Edney Radhwan dan juga wakil pengetua SMK Tatau Cikgu Jalin Anak Joshua Meling dan pengerusi kumpulan Crystal Drop Thierry Fiore Anak Michael. Wakil BDA Tatau Encik Ridhwan Kho B. Abdullah juga menghadiri majlis perasmian bagi memeriahkan pelancaran ini. Majlis ini telah dijalankan dengan lancar dengan bantuan pihak sekolah dan juga pihak-pihak lain. Pada sebelah petang, semua ahli Crystal Drop telah terlibat dalam aktivti membuat laporan akhir supaya dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

