Laporan Mingguan: Minggu 6

Pada minggu yang keenam perjalanan projek iaitu pada 14 November 2016 (Isnin) aktiviti dimulakan dengan membuat laporan. Kami juga meminta sedikit sumbangan daripada guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau dan masyarakat Tatau untuk membantu kanak-kanak yang kekurangan sumber makan dan pendidikan di negara Combodia.


Seterusnya pada 15 November 2016 (Selasa), kami telah menghantarkan sumbangan sebanyak RM1020.00 kepada pihak Poliku Volunteering Cambodia Humanity Programme. Pada masa yang sama, kami juga menyambungkan tugas kami membuat laporan akhir.

Pada 16 November 2016 (Rabu), kami telah menghubungi Perbadanan Harta Intelek Malaysia(Cawangan Sarawak) untuk mempatenkan produk kami iaitu Unit Penjimatan Air (UPA). Seterusnya,kami telah menyiapkan laporan akhir supaya dapat menghantar pada 17 November 2016.