top of page

Crystal Drop

​

Apakah itu Crystal Drop?

​

          Crystal Drop ialah sebuah kumpulan yang ditubuhkan oleh 20 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau pada tahun 2014. Nama Crystal Drop diambil sempena air hujan. Melalui nama tersebut, kami telah melaksanakan sebuah projek yang dipanggil projek Green Toilet. Projek ini dijalankan untuk merealisasikan sebuah tandas mesra alam yang sepenuhnya bergantung kepada sumber semula jadi. Ini bermakna projek Green Toilet merupakan projek yang memberi fokus untuk mencapai hasrat penjimatan sumber air dan elektrik domestik sebanyak  100%.

          Selain melaksanakan projek Green Toilet, Crystal Drop turut mencipta sebuah produk yang dipanggil Unit Penjimatan Air atau UPA.  UPA berfungsi untuk memerangkap sebanyak 1 liter air di dalam tangki simbah tandas. Dengan adanya pemasangan UPA di dalam tangki simbah tandas, penjimatan air dapat dilaksanakan serta pengurangan kos bil air juga dapat ditingkatkan.

Pencapaian

Crystal 

Drop

Pada tahun 2014, Crystal Drop telah menyertai pertandingan Petronas:All About Youth 2014. Dengan usaha yang gigih dan keazaman yang tidak pernah mengenal erti putus asa, Crystal Drop telah berjaya menjadi finalis pertandingan dan berpeluang untuk bertanding di Kuala Lumpur. Crystal Drop telah berjaya menduduki kedudukan ketiga dalam pertandingan tersebut. Pencapaian tersebut amat disanjungi oleh ramai masyarakat dan pihak sekolah di sekitar negeri Sarawak.

Kami merupakan kumpulan Crystal Drop yang telah ditubuhkan pada tahun 2014 di SMK Tatau. Kami telah menjalankan projek yang digelar Green Toilet Project. Melalui projek ini, kami telah mengadaptasikan pelbagai alatan dan produk mesra alam bagi menjimatkan penggunaan air serta elektrik.

Layari Laman Sosial Kami!
  • Facebook - Black Circle
  • Twitter - Black Circle
  • Google+ - Black Circle
  • Instagram - Black Circle
  • YouTube - Black Circle
Sebarang Pernyataan?

​

Email :crystaldropsmktatau@gmail.com

​​​

© 2016 Created By Crystal Drop   

   -Proudly created with Wix.com

bottom of page